Hallo, tiba-tiba hati sa tergerak untuk membuka blog ini mengenai diri sa..sa ingin mengongsikan segala suka duka perjalanan kehidupan sa sebagai seorang Jururawat Pelatih di sebuah kolej swasta di Kota Kinabalu,Sabah. Sa merupakan pelajar baru pada tahun lalu di Kolej Kejururawatan dan Sains Kesihatan Bersekutu Aseana untuk pengambilan sesi OKT 2009. Kolej ini masih baru di sabah dan tujuan kolej ini di tubuhkan adalah khas untuk anak jati sabah agar mereka boleh melanjutkan pelajaran dalam bidang kejururawatan tanpa perlu ke semenanjung lagi. Bukan apa tapi apa yang sa tahu kebanyakkan 'urang kita' yang pergi melanjutkan pelajaran di luar sabah akhirnya terkandas jua...mengapa dan kenapa?salah satu nya faktor kewangan dan juga kejutan budaya...oleh sebab itu lah sa decide pilih kolej ini untuk mencapai cita-cita sa sebagai seorang jururawat supaya sa dekat dengan famili dan kurang sikit guna kos...ramai yang menyangka kolej ini di bawah naungan Masterskill tapi biarlah sa tegaskan disini Kolej Aseana bukan di bawah Masterskill..sebelum masuk ke kolej ini hati sa ragu-ragu adakah kolej ini baik ataupun tidak tapi setelah hampir setengah tahun belajar disini hati sa betul-betul gembira dan bersyukur menjadi salah seorang warga Aseana...'tak kenal maka tak cinta' sa rasa peribahasa ini sesuai dengan sa...hehe...tidak perlu sa terangkan lebih lanjut mengapa sa sayang kepada Aseana kerana hanya mereka yang masuk ke kolej ini sahaja yang tahu perasaan dan sebab nya...
]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
tq..cz gv interest rate to this my blog post...hehe
ReplyDeletemenjamin kh kolej swasta part nursing ni,,,sbb sy ragu2 mw pilihni kos,,,,,sy btl2 minat bidang jururawat,,adakah menjanjikan pekerjaan,,,
ReplyDelete